Monday 7 December 2015

PANAS!!! FASHA KANTOI DELETE KOMEN PANAS DIA KAT IG ADIK JEJAI..PANAS TU TTG RAHSIA NORA


Makin Panas!!Komen Fasha Sandha Yang Sempat Di "Screen Shot" Oleh Follower

Komen Fasha Sandha Sempat Di "Screen Shot" Oleh Follower adalah Entri ulangsiar dari Yuya! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia.


Kini kisah rumahtangga Fasha Sandha dan Jejai menjadi perhatian ramai setelah berita dikeluarkan oleh BHarian, mStar dan Rotikaya mencerita mereka mengalami masalah.

Baca entry berkaitan:

Jangan Di Persoalkan Mengapa Nora Danish Di Senangi Keluarga Bekas Mertua 
Kini kisah rumahtangga Fasha Sandha dan Jejai menjadi perhatian ramai setelah berita dikeluarkan oleh BHarian, mStar dan Rotikaya mencerita mereka mengalami masalah.
Fasha Sandha dikatakan telah pergi ke pejabat agama kerana hal rumah tangganya.
Dari satu akaun IG, seorang followers sempat melakukan ‘screen shot’ pada salah satu komen yang dipercayai ditulis Fasha di IG milik adik Jejai dikenali sebagai Azalea.
Komen tersebut bagaimanapun telah dipadam Fasha tidak lama kemudian.
Lebih memanaskan lagi keadaan, Nora Danish turut menulis komen yang menguatkan lagi dakwaan tentang rumah tangga Fasha dan Jejai kini goyah.
Jom lihat:
IG%2BSembang1%2B%25282%2529.jpg


IG%2BSembang1%2B%25281%2529.jpg


Fasha%2BIG.jpg









































Fasha luah perasaan isu rumah tangga
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Desas-de­sus masalah rumah tangga pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai semakin hangat diperkatakan hari ini, berdasarkan beberapa status di laman sosial pelakon itu. 

“Semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya.” Demikian kenyataan terbaharu yang dimuat-naik Fasha di ruangan Instagram miliknya, seakan mengiyakan bahawa rumah tangganya kini sedang mengalami masalah. 

Sebelum ini, Fasha turut memuatkan komen yang mengkritik sikap salah seorang adik iparnya yang dikenali sebagai Azalea, selain turut mengaitkan bekas isteri Jejai, pelakon Nora Danish dalam beberapa kejadian. 

Fasha ada menulis “To Nora, thank you very much. Akhirnya berjaya membuatkan hubungan saya dan keluarga mertua saya semakin ‘rumit’.

 Berterusan secara halus membuat supaya bertambah dibenci.” Selain itu juga, Fasha turut menulis “Awak dan bekas iste­ri telah berjaya membuatkan pertelingkahan besar kami. 

Kerana saya ada akal, saya yang akan mengalah dan undur diri.” Bagaimanapun status berke­naan hari ini telah dipadamkan dari laman sosial berkenaan, meskipun ada sebahagian peminat sempat membuat rakaman tangkap layar (screenshoot) yang kini dibincangkan secara meluas di laman sosial.

 Selain itu, kisah keretakan rumah tangga Fasha dan Jejai juga ditulis dalam portal Mstar Online yang turut memberitahu bahawa pelakon itu juga sudah mengunjungi sebuah pejabat agama, untuk menyelesaikan isu rumah tangganya. 

 Puan Sri Raja Noora Ashikin dan suaminya bersama cucunya anak Nora dan Jejai

Dimana Fasha?

Berdasarkan pemerhatian  juga menguatkan desas-desus ini adalah melalui perkongsian gambar, ibu mertua Fasha, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah yang menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-42 tahun, baru-baru ini tanpa kehadiran Fasha.

 Sementara itu, usaha untuk mendapatkan Fasha gagal memandangkan telefon pelakon Anak Mami Kembali itu tidak diaktifkan. 

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, mengahwini Jejai pada 28 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Putera Rayfal Ramli dan Puteri Raysha Jemima. 

Sebelum bergelar suami kepada Fasha, Jejai juga pernah mengahwini pelakon Nora Da­nish. Bagaimanapun perkahwinan me­reka hanya bertahan selama dua tahun sejak 20 Jun 2006 hingga 10 Julai 2008 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal. 

-----------------------------------------------------------

kisah lama..



Rizal lamar Fasha 3 Januari 2009
"Memang saya pernah berkawan rapat dengan Rizal Ashram (Jejai). Saya mengenali Jejai sejak tahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan Nora Danish. Harus saya jelaskan disini,memang saya tidak pernah bercinta dengan Jejai ketika dia masih suami Nora Danish.
"Saya dan Jejai menjadi rapat sejak Januari tahun ini iaitu enam bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa untuk saya pada ketika itu.
"Memang betul, Jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3 Januari 2009. Saya beritahu Mama dan keluarga tentang perkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga Jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana Jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan Nora.
"Tetapi itu semua kisah lama, kami sudah tidak rapat seperti dulu lagi kerana Mama saya menghalang saya terlalu rapat dengan Jejai di atas macam-macam sebab. Saya menghormati permintaan ibu saya kerana saya terlalu sayangkan Mama saya," luahnya dalam laman web itu.
Menurut Fasha lagi, dia sedih apabila dia dikaitkan sebagai punca perceraian Nora dan Rizal kerana ramai yang tidak tahu cerita sebenar yang berlaku.
Kata Fasha lagi, setelah hubungan mereka dihalang keluarga, dia dan Rizal tetap berhubung antara satu sama lain.
"Saya dan Jejai terus berhubung sehinggalah pada tanggal 11 Februari, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan apa-apa hubungan dengan Jejai lagi kerana terlalu tertekan.
"Saya terlalu tertekan kerana saya dipersalahkan sedangkan orang tidak tahu perkara sebenar. Kami tidak berhubung selama hampir sebulan sehinggalah pada 7 Mac, Jejai menghubungi saya dan merayu-rayu supaya memaafkannya.
"Ketika itu saya berada di Pasir Gudang, Johor. Jejai terus menghantar SMS dan menghubungi saya setiap hari selepas itu walaupun saya tidak peduli dengan rayuannya.
"Pernah juga Jejai menunggu di hadapan rumah saya selama 4 jam untuk bercakap dengan saya. Jejai tetap mahu saya berkawan dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu. Saya setuju setelah berminggu-minggu dia memujuk saya," catat Fasha lagi.
Ujar Fasha, dia dan Rizal tetap berkawan seperti biasa walaupun sudah tidak mempunyai hubungan istimewa ketika itu, namun tidak lagi berhubungan sejak 18 Ogos lalu.
"Di mata saya pada ketika itu, dia seorang lelaki yang baik, selalu mengambil berat tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai seorang kawan.
"Walaupun ramai orang berprasangka yang tidak elok tentang dirinya, saya tetap berkawan dengan Jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba untuk kembali bersama selama beberapa kali tetapi gagal.
"Saya rasa masyarakat tidak harus menunding jari pada sesiapa tentang penceraian Jejai dan isterinya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang tidak kena pada rumahtangga mereka. Lagipun soal jodoh ditangan tuhan.
"Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai, kami pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini,tetapi kami hanya berkawan selepas itu sehingga tarikh 18 Ogos 2009. Sekarang tidak berhubung lagi," katanya.
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2009/08/24/pendedahan-fasha-akui-pernah-dilamar-4-kali-termasuk-oleh-ally-iskandar-rizal-ashram/

No comments:

Post a Comment